~WELCOME~


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages

Khamis, 14 Mac 2013

PEWIRA NEGARA!!!


Khas untuk wira-wira negara yang sedang berjuang mempertahankan 
keselamatan negara.. 
Berjuanglah sehingga ke titisan darah terakhir demi
 agama, bangsa dan negara!

Sesungguhnya, perjuanganmu tidak ternilai harganya..
Kerana engkaulah penjunjung maruah negara
Pemegang amanah rakyat jelata
Di tanah tempat tumpahnya darah kita..

Andai engkau gugur, gugurmu bukanlah sia-sia
Gugurmu bak hilangnya seri bunga bangsa
Walau hilang di pandangan
Keseriannya tetap terpahat di ingatan

Wahai wiraku,
Jasamu tetap akan kami kenang
Walau engkau telah jauh dipisah alam.....



 
Pergilah berjuang untuk bangsa
Jangan ragu
Namamu tetap dipuja
Biar mati
Sebagai pahlawan yang sejati
Jangan undur
Jasamu kelak bertabur
Selamat kau pergi
Selamat kembali
Dengan hati suci
Dan tak takut mati
Pahlawanku
Menuju ruang ke medan perang
Jangan takut
Sebagai askar berjuang


Al-Fatihah buat pejuang-pejuang negara yang telah pergi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan