~WELCOME~


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages

Selasa, 16 November 2010

kiut......

TENTANG CHENTA...

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.
Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.
Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.
Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.
Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!
Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!
Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..
Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.
Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.
Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

holla!!!!!!

t's raining and it's cold..but i could feel the warmth in ur eyes..the smile that makes me happy every time i think about it.it's weird how it happens,it still does but who cares..
u make me think about reasons that i've been asking God;to let me see why things turn out the other way for me..it didnt turn out well for you too but now everything is on the right track i guess.so let's just be grateful and thankful for what has happened. i hope it's true when people say good things fall apart so that better things can fall together.
being here on my own i learn a lot.if u're the 'better things' for me,then it's not a waste to let go of the good things i've had before.but the future is not ours to see.me and you,we can be the better thing that may fall apart to let the best thing fall together in da future..end point is important but if it ends up not as in fairy tales,we're matured enough to tell ourselves that at least we've learnt something out of it right.
not taking it too deep doesnt mean it's not serious :Dit's just an effort not to ruin all the fun by getting too much involve in this kind of thing..no matter how,if it's meant to be,it'll happen one day :)
having you no matter in which form is like giving me a strength to face everything!let's do our best in the upcoming exams.there are so many perfumes in this world but you smell the loveliest :)i think i've fallen in 'like' with you..the one who pushes the cloudy days and replaces it with beautiful bright memories. thanks but let's just say if one day,we find ourselves arguing on which way to go,we can always take a diff path.it may or may not lead to the same destination but somehow or other,i wish we'll be happy in the end. :D u're one of a kind,if you can see that..dont look into my eyes coz they dont know how to hide the real feeling i have :Dget it? by sayuri_mimie at 8.30am (17.11.2010)

Selasa, 29 Jun 2010

stop blogging 2 or 3 months...??

AHN NYEONG HA SE YO!!!!!!!!



stop blogging 2 or 3 months...?? eemmmmm..
mlm nie saye b'tolak g jerantut...sok kene lapor diri.....
pasnie saye xkan on9 utk 2,3 bulan...
pape pun...
i'll cme back a.s.ap.
kepada kwn2...
doakan saye eaaa....
hope sume nyer b'jalan dgn lancar...

Sabtu, 26 Jun 2010

~sebiru hari ini~


Sebiru Hari Ini

Album : Sepotong Episod

Munsyid : Edcoustic
http://liriknasyid.com

Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman syurga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

reff:

Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah

Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

intro
reff 2x

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

Isnin, 21 Jun 2010

medical report da kuar....



Laporan utk medical test aritu da kuar....
alhamdulillah...
nasib baik sume nyer ok...
huhuhuhu...






medical test



17/6/2010 saye g wat medical test utk surat tawaran nurse...kat surat tawaran tu kate bley wat kat hospital/klinik kerajaan/swasta punyer...tp saye ingat nak g wat kat kerajaan punyer,sbb murah ckit...sblum g wat medical test saye tanye mak kawan saye dulu nk wat test tu kat mane yg ok....mak kawan saye "cik noh " tu dulu die keje nurse...tp skarang da pencen da....cik noh try call klinik kesihatan,tp org klinik kesihatan kate kalau nak wat medical test da penuh,1/7/2010 baru ade kosong...OMG!!!!!da la saye 1/7/2010 nak kene lapor diri....pastu org klinik kesihatan tu cadangkan wat kat klinik Dokter Jaafar..sblum g wat medical test, saye demam...takut jgk kalau bg effect utk medical result nnt....eemmm...nasib baik pagi nak g wat medical test tu demam da kebah....sampai jea kat klinik,nurse kat klinik Dr. Jaafar amik berat badan dgn tinggi saye...pastu die bg botol,die srh kencing...hihihihihi...pas da siap kene amik x-ray plak...time tu la sayee x bp suke.....huhuhuhu (faham2 jea la eaaa).....




pastu nurse tu srh tunggu dokter panggil utk check fizikal punyer...tunggu punyer tunggu akhir nyer dokter panggil jgk...name dokter tu Dr.Gana...pas jea die wat check utk fizikal,die amik darah saye utk wat test HIV, Hepatitis B, Hepatitis C, Urin Drug dgn jenis darah...


pas jea selesai wat sume tu...saye g kat kaunter nak wat bayaran...saye tanye nurse tu bp???nurse tu kate sume nyer RM245....fuyoooooo....tp ape bley wat...huhuhuhu...kene la terime seada nyer...





Dr. Gana ckp nnt kalau laporan da kuar die akan call..
hope result medical tu ok..
^_^


surat tawaran





Hollaaa.....
windu nyer dgn blog nie...hihihihi...x sempat nak bkk blog sbb byk keje yg nak wat...ingatkan pas berenti keje bleyla rehat puas2...tp ade jew keje yg kene wat...14/6/2010 saye terime surat lapor diri  pd 1/7/2010 untuk jururawat yg kerajaan punyer.....ingatkan dapat tempat yg jauh2,cam kedah ke....tp surat tu kate kene lapor diri kat kolej kejururawatan jerantut PAHANG...huhuhuhu...ok la tu...tiap2 minggu bleyla blik umah...hahahaha...blum g, da nak blik....pe daaaa....




Rabu, 9 Jun 2010

sick...SICK..sick and SICK.....

HOLLLAAAAA!!!!!!

da 3 hari 3 malam x on 9....
disebabkan saye demam,saye x dpt nak on9...
x larat dong.....
sudah 4 hari saye demam...
xde tanda2 nak baik pun....
pagi tadi mase bangun tido......
OMG!!!!!!
badan saye ade bintik2 merah.....
tidakkkkkk...
saye betul2 takut....
saye hope xde pape yg teruk akan berlaku...
hope ahad nie da ok....
lidah saye terase pahit gile2...
maybe kesan dari saye mkn ubat kot...
pahit sgt2...
rase cam nak cabut jea lidah nie...
hahahaha
k la...
saye sambung lain kali...
saye nak g mkn ubt n tido...
daaaaa....

Rabu, 2 Jun 2010

katakan tidak pada "CINTA".....




katakan tidak pada "CINTA"

eeemmmmm...
np eaa saye post entry nie...
he2....
bagi saye cinte tu amat menyakitkan....
seblum nie saye pernah couple dgn seseorg nie...
name die mr.f
mr.f merupekan "first love" saye..
tp hubungan saye dgn mr.f x b'kekalan lame...
terputus di tgh jalan....
mungkin bukan jodoh saye dgn mr.f kot....
semenjak saye b'pisah dgn mr.f...
saye x pernah contact or msj dgn mr.f...
tp....
2 hari lepas,mr.f htr msj dkt saye...
saye terkejut sgt2...
mr.f hrp saye hapy walaupun x berade disamping mr.f...
huhuhuhu...
baru jea nak lupekan mr.f...
tibe2 teringat plak kat mr.f blik...
rase cdey sgt....
saye yg mtk putus dgn mr.f....
tp x bermaksud saye yg salah.....
saye mtk putus dgn mr.f sbb..
antare saye dgn mr.f makin lame makin x bersefahaman...
kalau teruskan jgk,masing2 yg terluke nnt...
mungkin mr.f akan ingat saye da ade yg lain...
eemm....
terpulangla mr.f nak fikir camne....
saye harap mr.f dpt jumpe seseorang yg lbey baik dari saye...
saye da janji dgn diri saye,
saye x kan mudah untuk jatuh cinte lg...
lepas saye b'pisah dgn mr.f..
ade 2,3 org nak couple dgn saye...
tp saye diamkan diri...
dieorg kate saye nie sombong n jual mahal...
tp hakikat nyer saye x bley nak lupekan mr.f lg...huhuhuhu
mase post entry nie..
tibe2 plak teringat lagu
"ku pendam sebuah duka-khatijah ibrahim"
hahahahaha
kelakar btul saye nie....



Sabtu, 29 Mei 2010

27.5.2010 ~Sweet Day~

27.5.2010

"SWEET DAY"

nape eaaaa?????

he2....

sebabbbbbbbbb...

27.5.2010 merupekan last day saye keje di lawyer firm....
pagi 27.5.2010 sebelum g keje, puan"bos saye" call saye..
puan suruh g umah die sblum g ofis..
sbb nak amik fail....
sampai2 jea kat umah puan,puan suruh masuk jap...
puan berkate dkt saye :-
"mie,saye cdey nie"
saye b'tanye dkt puan :-
"np puan????"
bos saye b'kate :-
"awk da lame ikut saye,saye cdey awk nak berenti.."
saye pun b'kate :-
"puan jgn la camnie..nnt kalau free2 saye dtg ofis eaa"
bos saye b'kate pulak :-
"nnt tgh hari saye belanje awk mkn"
saye kate "ok puan"...

sampai jea kat ofis,saye selesaikan keje2 yg perlu saye wat
sblum saye berenti...
hari nie ade pekerje baru masuk,die ganti tempat saye nnt...
hari nie saye just ajar die yg simple2 jea...
nnt minggu dpn kalau saye free,saye dtg ofis ajar pekerje baru tu
ape yg patut....

mase tghhari,puan call suruh turun,puan tunggu kat bwh..
saye ingat puan just nak belanje dkt warung depan ofis jea..hihihihi
rupe2 nyer puan bwk g kat NYONYA KITCHEN
dkt bukit tinggi klang...
yg pergi mase tu,
saye,
kak.ain,kak.mila,praba,
kak.sadiah,mak mertue puan,
puan,tisya n naurah...
kalau ikutkan,
somu pun sepatutnyer ade jgk...
tp,tunggu punye tunggu,die x dtg2 jgk....bile da abis mkn baru die dtg...
ish,ish,ish....
somu oh somu...rugi btullll.....

lepas jea mkn,puan wat ucapan utk saye,pastu
praba,kak.mila, kak. ain...
ucapan kak.ain kelakar btul..hahahaha
kak.ain berkate kpd saye :-
"semoge dpt cari pakwe dokter eaaa"
hahahaha

pastu puan bg hadiah kat saye...
mase tu t'haru sgt2...
nasib baik x mengalir air mate...
kalau x wat malu jea..huhuhuhu...
puan srh bkk hadiah yg puan bagi...
saye bkk,
puan bg saye jam tangan jename "ALBA"
puan ckp, :-
"saye hope awk suke"
saye plak b'kate dkt puan:-
"saye suke sgt2 puan ^_^"
pandai btul puan pilih...
da la wane pink plak tu......
SAYE SUKE SGT2....



nie jam yg puan bg kat saye








k la.....
sampai disini dulu....
bubye...

Selasa, 25 Mei 2010

dalam gembire ade kesedihan....

ahn nyeong ha seyo!!!!!!!!!

lame x update blog pinky saye nie...
bulan nie saye last keje kat lawyer firm....
da setahun lbey saye keje kat sini....
saye bkn suke2 jea nak berenti keje....
saye berenti keje sbb saye dpt tawaran drpd....
drpppppppddd.....
he2...
"kementerian kesihatan"
sebagai jururawat...
da 2 kali g interview tp x dpt...
tp...
akhir nyer kali nie saye dpt jgk....
suke...
suke sgt2....
sbb saye mmg minat giler nak jd nurse......
akhir nyer impian saye termakbul jgk....
skarang saye tgh tunggu second letter drpd
kementerian kesihatan.....
bulan julai nnt da start blaja.....
lepas nie saye bergelar "student"..
he2...
cam x caye jea....
tp saye cdey sgt2 sbb t'pakse berenti keje...
mmgla ikutkan keje kat lawyer firm asyik tension jea...
tp ade yg best jgk....
bulan nie ade pekerje baru masuk...
die wat chambering kat sini...
name die k.ain....
saye hapy sgt2 keje dgn k.ain....
k.ain baik sgt2....
semoge k.ain
sentiase hapy jea dlm tempoh chambering nie...
nnt da jd lawyer nnt,
jgn lupekan saye plak taw....
he2...
kalau k.ain da jd lawyer nnt confirm
ramai client suke dkt k.ain...
sbb k.ain best gilerrrr la....hihihihihi..
k la sampai disini dulu...
ade mase nnt saye b"blog lg....
bubye....
(sblum nie saye keje dlm sektor perundangan lps nie dlm sektor kesihatan plak..eemmmm..mesti rase cam pelik jeaa...)

Jumaat, 7 Mei 2010

hari yang penuh dgn dugaan...


Hari nie kene g high court kat KL....
teman k.ain (pekerja baru kat ofis,die wat chambering)...
k.ain tak pernah g high court KL,so saye teman la k.ain g high court KL....
nasib baik k.ain tak g sorg2...
sbb mcm2 yang terjadi hari nie...
hari nie 1st time g court naik KTM...
slalu nyer g dgn puan...

6.00 PAGI
-bangun, mandi, solat, siap2 nak g ofis.....

6.55 PAGI
-sampai ofis,amik dokumen dekat ofis n amik k.ain skali....
-pastu k.long hantar kat KTM telok gadong....

7.15 PAGI
-sampai2 jea kat KTM Telok Gadong, train da sampai....
da la mase tu x g beli tiket lg...
xpe...bak kate seniman bujang lapok "CUBAAN"

7.30 PAGI
-tunggu punyer tunggu....train x sampai2 lagi.....da la kene ade kat court pukul 9.00 pg..
-sementare tunggu train sampai,borak2 dgn k.ain...
-k.ain cantik la arinie...hihihihi....

7.45 PAGI
-akhir nyer train sampai...
-berebut2 nak masuk...
-dok kat tempat yg di khas kan utk ladies shj......no "men" ok.....

8.00 PAGI
-train berenti nak amik penumpang dkat S.Alam...
-yg klakar nyer,ade 1 pasangan couple tu,msk2 jea dlm train pakwe die pelik asal la sume pompuan jea..
pastu awek die kate "u,u kene dok kat sebelah la..nie utk ladies jea...hihihihi...pakwe die pun cepat2 la kluar...

8.30 PAGI
-baru sampai kat subang...
- da cuak giler da....sbb ade lg 30 minit jea nak kul 9.00pg...

8.40 PAGI
-akhir nyer..sampai jgk kat KL Sentral....
-sampai jea kat KL Sentral,saye dgn k.ain cepat2 g cari kaunter pertanyaan...
-da jumpe kaunter tu, kiteorg tanye "kak, van yg khas nak g court kat mane yea???"
kakak tu pun berkate "van utk g court???mane ade....
alamakkkkkk...camne nie...
k.ain kate xpe...kite tanye org...
turun kat bawah kiteorg tanye kat pakcik bas,pakcik tu kate,"kalau naik van yg nak g court tu mahal,elok  adik naik teksi"
-ape la kakak kat kaunter tdi...ckp takde....pdhal die taktaw....pooodaahhhhh!!!!!!

8.50 PAGI
-saye dgn k.ain pun g la kat tempat teksi...
-K.ain tanye org teksi tu kalau nak g high court kat jln duta brp???  org teksi tu kate "RM20"
pastu k.ain kate mhl...k.ain tawar menawar dgn org teksi tu...pastu dptla harge RM15 jew...

8.55 PAGI
-masuk jea dlm teksi tu,org teksi tu da start die punyer lawak...
da la kite org tgh nak cepat...cuakk pun ade jgk sbb lg 5 minit jea nak kul 9.00pg...
-nak jea ckp kat org teksi tu "boleh diam takkkkk!!!!!!!!!"(tp x sampai ati la plak....)

9.03 PAGI
-akhir nyer sampai jgk kat high court....
-pastu kiteorg cepat2 naik lif.....
-tingkat 3, bahagian keluarga...
-bile jea lif tu t"bkk saye dgn k.ain trus g kaunter pertanyaan...

9.05 PAGI
-saye dgn k.ain tunjukla no kes tu...tibe2 org tu ckp,arinie ade satu kes jea,tp bkn kes yg firm saye uruskan...saye pun da cuak...
org tu srh g check kat tingkat 2 kat bahagian pendaftaran keluarga....

9.10 PAGI
-sampai jea tingkat 2 tanye bdk court kat tepi lif,die srh turun kat tingkat 1...
-puan(bos) call,die srh cari kat e-counter,tp kat e-counter tu kate kes tak di list kan...
-pastu k.ain g tanye lawyer yg dok kat tepi...


9.20 PAGI
-tanye punye tanye pastu kiteorg pun turun la tingkat 2...cari punye cari akhirnyer jumper la kaunter pendaftaran keluarge....
-org kat kaunter tu pun check la kat komputer die bile k.ain bg no kes tu...
-rupe2 nyer kes tu minggu dpn 14 Mei 2010....adooooiiiiiii....
puan call,pastu puan gelak....
ish3.....COBAAN.....
puan srh g bekfes dulu kat kantin...

9.30 PAGI
-g cari toilet....
-pastu g maybank kat B1 tingkat bwh tanah High Court....kuarkan duit jap..he2...
-saye ckp kat k.ain, "kite bekfes kat KL Sentral jea la"..k.ain kate "ok..."
-keluar jea dari court,saye dgn k.ain g cari tempat van yg nak bwk penumpang dari court g KL Sentral...
-rupe2 nyer van tu ade depan mate jea...
-k.ain tanye org tu bp RM??org tu kate RM2 sorg...murah jea...kalau 2 org br RM4..kalau naik teksi RM15...rugi2....tp xpe...COBAANNN....

10.00 PAGI
-sampai kat KL Sentral...pastu g cari Mcd....
-bekfes dulu.....

10.30 PAGI
-g beli tiket

11.10 PAGI
-train sampai...

12.20 PAGI
-sampai kat ofis....
fuhhhhhhhhh....penat gilerrrrr......

p/s : lain kali kalau g court,kene pasti kan betul2, same ade betul tak tarikh kes tu..he2.....

~LoVe~

To love someone is to understand each other,



to laugh together,

to smile with ur heart

and

to trust one another...

one important thing is let each other go if u can't do this......
 

Khamis, 29 April 2010

~pembuangan bayi~


ahn nyeong ha se yo????
smlm semase saye bace surat khabar kosmo,
pastu saye ade t'bace artikel tentang org buang bayi lagi..
geram betullll!!!!!!
oleh itu...
entri saye kali nie bertajuk pembuangan bayi...


 

Manusia atau binatang, rasanya manusia sebegini lebih hina dari binatang. Binatang pun mengerti tentang ikatan kekeluargaan. Binatang pun tahu sayang anak. Manusia sebegini, anak dibuang di tong sampah, lubang jamban, tepi jalan, dlm kotak sampai ada yang mati kerana dihurung semut. Layak ke dipanggil manusia!!!

Tidak dinafikan lagi dengan aktiviti seks bebas di negara kita sedang meningkat, tidak kira di mana jua kita berada pasti terdengar cerita gadis comel terlanjur dengan kekasih. Tidak cukup dengan itu, berlakunya sumbang mahram warga tua dengan kekasih baru dan tanpa segan silu melepaskan nafsu di rumah tumpangan.

Ini juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kes pembuangan bayi yang kian meningkat di negara kita. Saye ada terbaca sebuah topik di akhbar Berita Harian iaitu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meminta ibu pejabat polis daerah (IPD) menubuhkan pasukan khas jika berlakunya kejadian pembuangan bayi bagi mengesan segera individu yang terbabit.

Tetapi apa yang saye ingin sampaikan di sini adalah sejauh manakah pasukan khas ini dapat membanteras jenayah pembuangan bayi di negara kita? Adakah dengan adanya pasukan khas ini akan menakutkan orang ramai untuk membuang bayi merata-rata?

Tidak cukupkah dengan hukuman mengikut Seksyen 317 dan 318 Kanun Keseksaan bagi individu yang membuang bayi dan menyembunyikan kelahiran serta Seksyen 309B Kanun Keseksaan bagi melakukan kesalahan membunuh bayi.

Jadi saye ingin menasihati pula wanita atau gadis comel atau lelaki kacak atau teruna dara janganlah perbuatan anda boleh mengundang padah sehingga mengandungkan anak luar nikah dan yang lebih menyedihkan lagi mengundang kepada isu pembuangan bayi.

cube tgk photo2 bayi yang dibuang yang saye cari kat intenet...


PERINGATAN!!

Mereka-mereka yang lemah semangat dilarang melihat!!


photo 1


photo 2


photo 3


photo 4



photo 5

Apakah salah dan dosa bayi-bayi ini, hingga diperlakukan sebegini rupa

YA ALLAH YA TUHAN KU.

KAU AMPUNKANLAH DOSA-DOSA IBU BAPA BAYI-BAYI INI.

KAU TUNJUKKANLAH MEREKA JALAN YANG BENAR.

KAU SELAMATKAN LAH DUNIA INI DARI KEKEJAMAN.

Disebabkan terlampau banyak sangat kes kes sedemikian kebelakangan ini, artis artis Malaysia ada menyanyikan satu lagu amal khas untuk si pembuang/pendera kanak kanak

~HARAPAN TANPA SUARA~

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Korus

Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Dimanakah ibu, dimanakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah

Ciptaan S.Atan dan lirik oleh Habsah Hassan

p/s :
Anak itu merupakan sebuah anugerah dan pemberian daripada Allah. Hargailah pemberian daripada Allah itu dan hindarilah maksiat.













Selasa, 27 April 2010

~jiwe kacau~


lately jiwe kcaw abis...huhuhu



saye d'duge dgn plbagai mcm dugaan...
bertandang dtg tnpa hnti...
sungguh pilu dan sdih..
saye harus kuat untuk m'nghadapinye..
s'sungguh nye Allah mahu melihat sejauh mane kesabaranku
dan ingatnku kepada-NYa..




mimie!!
kamu hrus bngon!!
dengan kekuatan yg  ade, saye ykin saye mampu lakukan..
contohi kekuatan mama mu itu!!
gembirakan la hati kedua mama n abah mu...
huh yeaahhh...

saye kne fcus demi kjyaan untuk mama ngan abh..
i'll try...
ape yg pnting bg saye skang adalah family saye yg t'chenta...
ye fmily...xde yg len...
cinta saye adlah untuk mereka dan untuk-Nya..
luv u abah!!luv u mama!!luv u k.long..eqa...diyana!!!
smngat saye kini pulih d'sbbkn mereka...
x lupe juge kpada kwan2 yg telah memberi aku api!
thnkz u ol!!muuuahhhh3X

yang berlalu tetap berlalu, yang datang tetap datang.. akan sampi satu jalan menuju keindahan, dan meniti la jalan keindahan itu dengan hati yang terbuka.. dan jalan itu memang khas untuk kamu..

Isnin, 19 April 2010

~Tuan Mohd Amirul Syawal~

~AhN nYeOnG hA sE yO~

Disbbkan keje yang terlampau byk...
saye da jarang update blog...
rindu sgt2 nak update blog....
tp ape kan daye...
ade tugas lain yg nak diselesaikan...
hari nie saye siapkan keje2 kat ofis secepat yg mungkin..
akhirnyer saye dpt bkk blog pinky saye walaupun sekejap jea..
sekejap pun, sekejap la.....

Hari nie saye nak tulis entry tentang adik sepupu saye...
name die :-
"Tuan Mohd Amrul Syawal"
saye panggil die amirul...
tp ayah n ibu die panggil die syawal..he2
smlm  die dtg umah n tido kat umah...
best giler sbb dpt main n gurau2 dgn die...
ayah die adik beradik dgn mama saye...
skarang umur amirul da nak masuk 7 bulan kalau x silap saye la...
skarang die da makin berat...
kalau dukung die,confirm sakit tangan...he2...
skarang die da makin lasak....
al-maklumla...budak nak membesar...
saye suke tgk amirul senyum sbb die ade lesung pipit kat due2 belah pipi die...
jeles saye...he2...
mesti besar2 nnt pandai "ayat" pompuan...hahahaha
mase amirul nangis kiut giler suare die...
manje btul suare die...x mcm bdk laki pun....
amirul jgn jd bdk manje2 taw....
hahahahaha...
amirul skarang da ade 2 btg gigi...



nie la amirul a.k.a anak askar jepun.....
hihihihi...



nie mase die tido....
ssh betul nak tidokan die...
maybe die excited sgt kot,sbb rumah saye mase tu ramai org...
kalau kat umah die just ade ayh n ibu die jea..
cian amirul eaaa...
nak main tp xde org nak layan...
he2...

ok la...sampai di sini dulu...
nnt kalau ade mase free ,saye akn kongsi citer saye lg eaa...
saye ade byk citer nak dikongsi dgn follower2 saye...
bye2...
^_^




Jumaat, 16 April 2010

~SORY~SOWIE~SOYIE~

sila baca eaaa sume !



paksa korang bace nie , SILA BACA DGN TELITI , harap maklum....

 

errrr saye nak ,

mintak maaf ,

banyak banyak banyak

dan teramatlah banyak sgt2 ,

 

sebab ,

sebabbbb,

sebabbbbbbbbbbb,

sebabbbbbbbbbbbbbbbbbbbb,

sebabbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb,

berape byk sebab daaaaaaa....

okey2.....

sebab.....

minggu nie saye tak sempat nak belogwalking ,

dan saye jugak tak sempat nak

reply jawapan utk korang kat shoutbox tuh .





MINTAK AMPUN YEE ?? :)

BERIBU2 AMPUN

PATIK POHON.....


 

minggu nie memang serabut sikit .

minggu nie merupekan minggu yg

KELAM KABUT,

PENAT TERAMAT SGT,

BYK,BYK N BYKKKK KEJE,

TENSION...

TENSIONNNNNNNNNNNN!!!!!!!!!!


oleh itu ,

minggu depan ,

insyaAllah ,

saye akan belog walking dan coment korang ye :)



teruskan singgah belog PINKY ini eaaaaa  ^_^





 
p/s : hope korang x bosan dgn belog pinky nie eaaaa!!!!!!!!!
SAYANG KORANG......
hua,hua,hua,hua,hua...
(^_^)

Rabu, 7 April 2010

~SaKuRa~

Tadi saye ade bukak facebook sorang nie...
maybe die study kat jepun....
saye tgk photo die....dalam album photo die ade photo bunge sakura....
sakura merupekan bunge favourite saye...
saye suke sgt2 dgn bunge sakura..x taw knp....tapi saye tertarik sgt2 tgk bunge sakura...
lepas jea bukak facebook die n tgk photo bunge sakura die..tibe2 plak nak citer psl bunge sakura...^_^

Tak lame lagi masuk bulan 5. Jika diingat bulan 5 di Jepun ialah musim bunga. Musim bunga sakura berkembang. Bunga sakura ini ialah bunga yg hanya kembang mekar sekali sahaja sepanjang tahun dan selepas 7 ke 10 hari ianya akan gugur ke bumi. Sangat singkat waktunya.

Di sini saya ingin menceritakan perihal bunga sakura yg menjadi kunci semangat orang Jepun. Sebenarnya hidup kita ini diibaratkan seperti bunga sakura. Hidup yg sangat singkat. Oleh itu jadilah seperti bunga sakura yg berkembang dengan mekarnya sehingga tiba masanya ia gugur jatuh ke bumi.
Seharusnya hikmah di sebalik kebesaran Allah yg ditunjukkan dengan bunga sakura ni kita sama2 sedar. Bahawa hidup kita di muka bumi ini sangat singkat. dan seharusnya kita manfaatkan hidup yg singkat ini dengan sebaik2nya. Jadilah sebaik2 insan yg berguna kepada keluarga kita agama kita dan negara kita.
Ingatlah pesan saya, hiduplah kita di muka bumi ini mengikut resam bunga sakura, berkembang mekar semekar2nya sebelum jatuh ke bumi. Hidup ini singkat. Hidup ini hanya tempat persinggahan dari alam roh hingga kita tiba ke kehidupan di alam yg kekal abadi

Nie photo2 yg saye amik dari facebook seseorang tu...
sweet sgt2....











impian saye suatu hari nnt nak g jepun mase musim bunge
sbb saye nak tgk bunge sakura.....
mudah-mudahan tercapai....
hihihihihi
^_^