~WELCOME~


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages

Khamis, 29 April 2010

~pembuangan bayi~


ahn nyeong ha se yo????
smlm semase saye bace surat khabar kosmo,
pastu saye ade t'bace artikel tentang org buang bayi lagi..
geram betullll!!!!!!
oleh itu...
entri saye kali nie bertajuk pembuangan bayi...


 

Manusia atau binatang, rasanya manusia sebegini lebih hina dari binatang. Binatang pun mengerti tentang ikatan kekeluargaan. Binatang pun tahu sayang anak. Manusia sebegini, anak dibuang di tong sampah, lubang jamban, tepi jalan, dlm kotak sampai ada yang mati kerana dihurung semut. Layak ke dipanggil manusia!!!

Tidak dinafikan lagi dengan aktiviti seks bebas di negara kita sedang meningkat, tidak kira di mana jua kita berada pasti terdengar cerita gadis comel terlanjur dengan kekasih. Tidak cukup dengan itu, berlakunya sumbang mahram warga tua dengan kekasih baru dan tanpa segan silu melepaskan nafsu di rumah tumpangan.

Ini juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kes pembuangan bayi yang kian meningkat di negara kita. Saye ada terbaca sebuah topik di akhbar Berita Harian iaitu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meminta ibu pejabat polis daerah (IPD) menubuhkan pasukan khas jika berlakunya kejadian pembuangan bayi bagi mengesan segera individu yang terbabit.

Tetapi apa yang saye ingin sampaikan di sini adalah sejauh manakah pasukan khas ini dapat membanteras jenayah pembuangan bayi di negara kita? Adakah dengan adanya pasukan khas ini akan menakutkan orang ramai untuk membuang bayi merata-rata?

Tidak cukupkah dengan hukuman mengikut Seksyen 317 dan 318 Kanun Keseksaan bagi individu yang membuang bayi dan menyembunyikan kelahiran serta Seksyen 309B Kanun Keseksaan bagi melakukan kesalahan membunuh bayi.

Jadi saye ingin menasihati pula wanita atau gadis comel atau lelaki kacak atau teruna dara janganlah perbuatan anda boleh mengundang padah sehingga mengandungkan anak luar nikah dan yang lebih menyedihkan lagi mengundang kepada isu pembuangan bayi.

cube tgk photo2 bayi yang dibuang yang saye cari kat intenet...


PERINGATAN!!

Mereka-mereka yang lemah semangat dilarang melihat!!


photo 1


photo 2


photo 3


photo 4



photo 5

Apakah salah dan dosa bayi-bayi ini, hingga diperlakukan sebegini rupa

YA ALLAH YA TUHAN KU.

KAU AMPUNKANLAH DOSA-DOSA IBU BAPA BAYI-BAYI INI.

KAU TUNJUKKANLAH MEREKA JALAN YANG BENAR.

KAU SELAMATKAN LAH DUNIA INI DARI KEKEJAMAN.

Disebabkan terlampau banyak sangat kes kes sedemikian kebelakangan ini, artis artis Malaysia ada menyanyikan satu lagu amal khas untuk si pembuang/pendera kanak kanak

~HARAPAN TANPA SUARA~

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Korus

Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Dimanakah ibu, dimanakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah

Ciptaan S.Atan dan lirik oleh Habsah Hassan

p/s :
Anak itu merupakan sebuah anugerah dan pemberian daripada Allah. Hargailah pemberian daripada Allah itu dan hindarilah maksiat.













1 ulasan:

  1. huhu
    sayu~ sayu~
    kesian bayi2x yg x berdosa
    x dberi peluang tuk melihat dunia
    peringtan buat kapel2x zaman skrg
    mula2x pegang tgn
    then stat la merayap ke tmpat laen.. huhu
    harap2x sumer ni akn berakhir
    amin...

    BalasPadam