~WELCOME~


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages

Rabu, 31 Ogos 2011

JMP-Jururawat Masyarakat Pelatih


Kelab Jururawat Masyarakat Malaysia
SIJIL JURURAWAT MASYARAKAT


Pengenalan

Kerjaya sebagai Jururawat Masyarakat (JM) bertanggungjawab dalam membantu melaksanakan tugas-tugas berkaitan dengan perbidanan, penjagaan kesihatan ibu dan anak, perawatan asas dan penjagaan pesakit.

Deskripsi Tugas

Tugas utama JM tertumpu dalam bidang kebidanan dan kesihatan keluarga yang merangkumi aspek perawatan kejururawatan dari segi amalan kejururawatan, pengurusan kejururawatan, latihan kejururawatan, dokumentasi dan lain-lain tugas.

JM kebiasaannya ditempatkan di wad/klinik dan dipertanggungjawab menjaga khidmat rawatan seperti berikut :

Rawatan Basik

•Tugasan di wad/ wad pranatal/ bilik bersalin/ wad post natal/pediatrik
•Menjalankan sesi klinik ibu hamil/ lawatan ke rumah/ bertugas atas panggilan bagi kes kebidanan di klinik/ mengendalikan kelahiran di rumah dan Pusat Bersalin Alternatif (ABC) atau klinik dan menjalankan motivasi kepada ibu mengenai kaedah merancang keluarga
Kurikulum Latihan Sijil Jururawat Masyarakat

Tempoh Latihan : 2 tahun 6 bulan (5 semester) meliputi subjek seperti berikut:- •Anatomi & Fisiologi
•Sains Kejururawatan
•Obstetrik dan Ginekologi
•Kesihatan Komuniti
•Sains Tingkah Laku
•Rawatan Kesihatan Komuniti


Kelayakan Untuk Memohon

A. Syarat-Syarat Asas Skim Perkhidmatan

Pemohon hendaklah terdiri daripada :

•Warganegara Malaysia
•Perempuan sahaja
•Umur antara 17-25 tahun pada tarikh permohonan
Kelayakan Akademik:

•Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 2 kepujian dan 4 lulus serta lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
•Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) dan Sains/Sains Tulen serta lulus Matapelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik


B. Syarat-Syarat Keutamaan Pemilihan
•Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon-calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan.

Prospek Kerjaya

Mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang Kejururawatan Masyarakat yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Setelah berkhidmat dengan kerajaan anda boleh memohon untuk mengikuti kursus lanjutan ke peringkat diploma di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu tempatan.

Perlantikan ke Skim Perkhidmatan
•Nama Jawatan: Jururawat Masyarakat
•Taraf Jawatan : Tetap
•Pelatih tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia yang tamat latihan dengan jayanya akan dilantik ke jawatan Jururawat Masyarakat Gred U19, tangga gaji (tertakluk pada perubahan semasa)
Tangga gaji :
Gred Minimum Maksimum
U19 RM 827.94 (P1T1) RM 2177.15
U24 RM 1932.06(P1T1) RM 2863.79
U26 RM 2216.41(P1T1) RM 3015.05

Elaun/Imbuhan Tetap
Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM115
Imbuhan Tetap Perumahan RM180
Elaun Sara Hidup (COLA)*
*Mengikut wilayah bertugas RM100/RM200/RM300

Ikatan Perkhidmatan
Pelatih tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia diwajibkan berkhidmat dengan Kerajaan bagi tempoh 3 tahun.
Institusi Latihan KKM
1. Kolej Jururawat Masyarakat Kulim, Kedah
2. Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson, Negeri Sembilan
3. Kolej Jururawat Masyarakat Batu Pahat, Johor
4. Kolej Jururawat Masyarakat Segamat, Johor
5. Kolej Jururawat Masyarakat Kluang, Johor
6. Kolej Jururawat Masyarakat Jerantut, Pahang (nie la kolej saye)
7. Kolej Jururawat Masyarakat Pasir Mas, Kelantan
8. Kolej Jururawat Masyarakat Serian, Sarawak
9. Kolej Jururawat Masyarakat Tawau, Sabah
10.Kolej Kejururawatan Bukit Mertajam, Pulau Pinang

1 ulasan:

  1. ASSALAMUALAIKUM,AKAK NAK ISI BORANG SPA8 PERLU TUNGGU RESULT SPM KER.DAN CARA MENGISI BORANG PERMOHONAN KOLEJ KEJURURAWATAN BAGAIMANA?

    BalasPadam